"Indahnya Sabar"

Tuesday, May 18, 2010

Masjid vs Kedai kopi

Assalamualaikum...

Agak menarikkan tajuk kali ni... kali ini saya nak bincang tentang apa beza masjid dan kedai kopi... sedih melihat masyarakat hari ni, masjid telahpun dijadikan seperti kedai kopi.. masjid dijadikan tempat untuk sembng hal2 dunia.... tak takut kah kita dengan hadis nabi saw... salah satunya ancaman bg orang yg bercakap hal dunia di dalam masjid.. ke mana hilangnya peranan masjid? masjid sepatutnya dijadikan untuk mengeratkan ukhwah, nasihat menasihati, majlis2 zikrullah dan berkaitan dengannya. sedih hari ini kita melihat masjid2 dan surau2 bukan lagi menjadi tempat untuk zikrullah tetapi sebaliknya.... dijadikan tempat untuk buang anak, dijadikan tempat bercakap hal2 dunia dan sebagainya... apa kata dari sembang hal2 yang tak berfaedah kita tukar kepada halaqah2 berbincang pasal akhirat... mesti kawasan itu akan aman, sejahtera,bahagia dan harmoni... kita bincanglah bagaimana nak mengajak orang datang solat berjemaah, bagaimana cara nak menarik remaja cinta pada masjid dan perkara2 yang berkaitan dengannya... janganlah kita duduk berjam-jam di masjid berbual hal yang x dapat membantu islam... sama ja lah kita berbual d kedai kopi, kalaulah kita buat cam 2 bilalah islam akan maju?? yang lebih baik di kedai kopi pun kita cakap pasal akhirat juga... pasti akn wujud suasana islam... susahkan nak jumpa orang yang duduk di kedai kopi cakap tentang akhirat... yang kita lihat hari ni,, duduk di kedai kopi, sembang pasal bola, pasal nombor ekor, main dam dan sembang perkara2 yang tak berfaedah.. mengapa ya?? kerana orang2 yang soleh x lepak di kedai kopi... saya ada mendengar satu kuliah maghrib.. ustaz bagi tau cucu sulong setan ialah orang yang sembang di kedai kopi,cucu tengah orang yg sekat laluan jalan dan cucu yang paling setan sayang adalah orang yang datang masjid untuk solat jumaat apabila bilal dah iqamat... wallahhua'lam

No comments: