"Indahnya Sabar"

Monday, March 15, 2010

Kewibawaan Rasulullah SAW

Majlis Rasulullah adalah majlis yang diwarnai dengan kemurahan hati, kesabaran dan amanah. Tidak ada suara yang keras, tiada kebimbangan akan berlaku sesuatu yang menghina kehormatan dan mereka saling menasihati dalam urusan takwa.
Baginda sangat menghormati orng yang lebih tua,menyayangi yang lebih muda, menolong orng yang memeerluka pertolongan dan mengasihi orang asing.
Rasulullah saw sentiasa gembira, murah hati, lemah lembut, tidak kaku dan tidak keras, tidak suka mengutuk, tidak berkata keji dan tidak suka mencela. Baginda sentiasa meninggalkan tiga perkara: riak, banyak berbicara dan membicarakan perkara yang tidak perlu dan tidak bermanfaat.
Rasulullah saw sentiasa memerintahkan umatnya agar meninggalkan tiga perkara, iaitu: tidak mencela seseorang, tidak menghinanya, dan tidak mencari kesalahannya.
Baginda tidak berbicara melainkan dalam perkara yang boleh mendatangkan pahala. Jika baginda berbicara, orang yang hadir dalam majlis akan diam, seolah-olah ada burung diatas kepala mereka. Mereka akan berbicara apabila Rasulullah saw selesai berbicara.
Para sahabat merasa segan untuk membantah di hadapan baginda. Jika ada orang yang berbicara ketika Rasulullah berbicara, mereka akan menyuruhnya diam hingga baginda mengakhiri ucapannya.
Baginda tersenyum apabila ada sesuatu yang membuat mereka tersenyum, mengagumi sesuatu yang membuat mereka kagum dan sangat sabar menghadapi kekasaran perkataan yang lain. Baginda bersabda:”Jika kalian melihat orang yang ingin mencari penyelesaian di atas masalah yang dihadapinya, maka bantulah dia.”
Baginda tidak mencari kepujian melainkan daripada orng yang berhak. Kharijah bin zaid pernah meriwayatkan:
“Rasululah saw adalah orang yang palingmulia dan paling berwibawa dalam majlis. Hampir tidak ada yang keluar dari hujung bibirnya. Baginda lebih banyak diam, tiada berbicara mengenai perkara yang tidak bermanfaat perkara-perkara kotor.”
“Tawanya berupa senyuman, perkataannya terperinci, tidak terlalu sedikit dan tidak terlalu banyak. Para sahabat tertawa jika baginda senyum kerana mereka hormat dan mengikut cara baginda.”
Demikianlah beberapa gambaran mengenai kemuliaan dan keagungan akhlak Rasululah SAW yang mencerminkan kemuliaan dan ketinggian peribadi baginda.
Gambaran mengenai sifat baginda yang penulis huraikan adalah sebahagian kecil sahaja. Masih banyak lagi sifat dan akhlak mulia baginda yang patut kita ingati dan jadikan pengajaran serta ikutan sepanjang zaman.
Dari buku: senyuman dan kenangan manis bersama Rasulullah saw.(Hj Abdul Malik LL,M(syariah))

1 comment:

hainur hapis said...

Masya Allah Tuan
perkongsian yang baik

jazaka Allah Khir

teruskan menulis Insya Allah

Assalamualaikum