"Indahnya Sabar"

Wednesday, March 10, 2010

INDAHNYA SENYUM


Senyuman adalah sedekah yang mahal harganya, tetapi sangat mudah dilakukan oleh semua orang.
Senyuman menambahkan keceriaan muka.
Senyuman sangat mahal, semua orang boleh memilikinya.. miskin, kaya.. tua, muda.. dan sebagainya
Senyuman bukan lah benda remeh sehingga orang kaya tidak berhajat padanya.
Senyuman menurunkan suhu kemarahan
Senyuman mengurangkan darjah kesedihan
Senyuman memberikan kekuatan kepada yang keletihan
Senyuman memulihkan semangat orang yang kecewa
Senyuman mengurangkan bebanan kepada yang kerungsingan
Senyuman tidak boleh dicuri, dibeli atau dipinjan kerana ianya sangat bernilai apabila diberi sebagai hadiah.
Senyuman yang diberi pasti akan kembali kepada pemberi
Senyuman menjadikan seseorang sentiasa kerinduan
Senyuman pembuka dan penutup perjumpaan yang amat berharga
Senyuman berharag setelah ianya diberi
Tidak ada satu orangpun yang terlalu kaya sehingga tidak lagi perlu diberikan senyuman
Tidak ada satu orangpun yang terlalu miskin sehingga tidak mampu memberikan senyuman
Senyuman adalah sunnah Rasullullah SAW..

No comments: