"Indahnya Sabar"

Wednesday, September 10, 2008



Allah dah buat keputusan kejayaan manusia hanya dalam agama.Taat perintah Allah dan ikut sunah Rasulullah SAW.Nabi SAW telah ditawarkan macam-macam kemewahan supaya tinggalkan usaha agama kepada manusia.Tapi itu semua sikitpun tak tinggalkan kesan atau kekesalan dalam hati nabi SAW.Malahan nabi SAW terus membuat usaha agama.Allah juga pernah bagi option kat nabi SAW sama ada nak jadi nabi yang ada kerajaan besar(macam nabi Sulaiman a.s)atau satu orang nabi yang tidak punya apa-apa(macam nabi Isa a.s),dan nabi SAW telah buat keputusan untuk pilih pilihan yang kedua.Kerana apa?kerana nabi SAW tahu bahawa dunia ini sedikit pun tak ada nilai.Dunia ini memang sedikit pun tak ada nilai disisi Allah pada hari pembalasan nanti.Kalau dunia ini ada nilai sudah pasti orang-orang kapir nak dapat makan pun susah,apatah lagi nak mendapat kemewahan dunia yang banyak dimonopoli oleh mereka. Tapi bila umat hari ini nak buat usaha agama dan ketepikan dunia seketika(cuti 4 bulan atau 40 hari) mereka ini biasanya akan diberi cop BANGANG! oleh orang-orang disekeliling mereka.Itu semua bukan salah diaorang tapi salah kita gak sebab tak buat kerja ni betul-betul,sebab tak jumpa dia orang bagi dia orang tu paham tentang usaha agama nie..(walaupun kita dah jumpa tapi diaorang tetap tak paham-paham gak)"ALLAH KUASA MAKHLUK TAK ADA KUASA.

Bila semua orang ada kefahaman tentang usaha agama nie dan bersama-sama buat usaha agama,pasti dan pasti nusrah Allah akan bersama orang islam.TAPI! bila kita tak buat usaha agama bukankan nusrah Allah malahan AZAB Allah akan bertimpa-timpa kena kat orang Islam.Skang nie dah banyak sangat contoh AZAB Allah menimpa orang-orang islam,tapi kita tetap tak nak paham-paham..Allah dah tanamkan perasaan gentar dalam hati orang islam bila melihat kekuatan orang kapir LAKNAT.Israel sebuah bumi yang kecik kalau nak bandingkan dengan negara-negara arab tu pun negara arab masih takut nak attack mereka.Alasannya takut kalau Amerika backing israel.kalau dulu sahabat 313 orang dengan senjata batang pohon tamar boleh slumber menang lawan pelampau-pelampau kafir yang jumlahnya sama dengan beribu-ribu lemon yang bersenjata pedang besi(bukan pedang kayu ya saudara-saudara).Tapi sebab iman mereka tinggi,nusrah Allah bersama mereka.

Bila Nabi Muhammad SAW buat usaha agama,Islam berkembang.Lepas nabi SAW wafat khalifah-khalifah yang lain masih tetap buat usaha atas agama,Islam terus maju sampai boleh takhluk 2/3 dunia.Tapi bila kita tinggalkan usaha agama,lebih memberatkan usaha-usaha lain Islam terus jatuh.Sampaikan hari ini usaha agama ini dipandang sepi dan serong oleh orang-orang Islam hari ini.Macam-macam tohmahan dan fitnah di lemparkan pada usaha agama nie.Usaha agama nie sangat penting tuan-tuan,pokcik mokcik semua.Usaha agama nie usaha Nabi SAW.Semua orang kena ambik tanggungjawab.Bukan suka-suka nak senang lenang ngan anak bini kat umah sampai mati.Orang melayu selalu BILANG sayang bini tinggal-tinggalkan,sayang anak rotan-rotankan.Dah betullah tu jangan ubah-ubah lagi.

Tapi,
Bila kita buat usaha agama nie kita akan berjumpa dengan 4 macam ABU.(Antum semua perasan tak?)
yang pertama:Abu Bakar.
"baguslah usaha nie,bila nak kluar.aku azam lah keluar minggu depan.Pesal dari
dulu lagi tak bagi tahu."

yang kedua:Abu Talib.
"bagus memang bagus usaha kamu nie.tapi takper lah kau jer lah buat,pakcik ni tak
mampu.

yang keTiga:Abu Sufian.
"Apalah korang nie,tak ada kerja lain ker.Tinggal anak bini,saper nak bagi MAkan?
(beberapa bulan kemudian)
Aku terkesan lah ngan korang nie,aku pun nak keluar sesama ngan korang boleh?"
Kita pun apalagi"masya-Allah,apa plak tak bleh bagus lah macam tu,bila nak
kluar?"(saham akhirat gak tu,MLM lagi)

yang keEmpat:Abu Jahal.
"Apehal korang nak ajak aku buat dakwah plak nie,ko ingat aku nie jahil sangat
ker,kurang Ajar korang ni semua kan,kalau aku kira sampai lapan korang ada
depan umah aku lagi aku parang kepala korang ni sorang-sorang.

Karkun lama said:"(senyum jer")

Karkun baru said:"Insya-Allah lah pakcik,kami semua nie memang tak takut mati,segera
insya-Allah."

Karkun bongok said:"belum tahu lagi kepala saper yang kena pakuk pakcik"
(ada ker karkuzari kes macam nie,Jangan cemar duli Wo)

(Walaupun kadang-kadang ada gak jumpa yang macam Abu Jandal dan Abu Basir,tapi tak ramai lah)

Jadi kita yang Allah dah pilih nie kena bersyukur lah dan azam lah sungguh-sungguh nak buat kerja agama nie mati-mati sampai mati dan tak ada lagi.Paling tak pun buat lah separuh nak mati.Tapi janganlah buat kerja ni ikut suka hati.Sebab bila kita main-main takut nanti Allah tarik balik hidayah pastu bagi kat orang lain.Rugi mei!!rugi dunia dan akhirat.

usaha agama yang dimaksudkan ialah=Dakwah dan tabligh.(cara nabi SAW.Bukan cara kepala
hotak sendiri)

Monday, July 14, 2008

Cemburu Ya!

Hazrat Umar r.a menceritakan"pada suatu hari Rasulullah SAW telah mengarahkan kami untuk mengorbankan harta di jalan Allah.Kebetulan pada masa itu saya mempunyai sedikit harta.Saya telah berkata sendirian"kebetulan pada ketika ini aku mempunyai sedikit harta,sekiranya ada peluang untuk aku mengatasi Hazrat Abu Bakar r.a,maka inilah masanya".

Setelah berfikir demikian ,dengan perasaan gembira saya pulang kerumah dan saya telah membawa separuh daripada harta yang ada dirumah.
Rasulullah SAW telah bertanya,"apakah yang telah kamu tinggalkan untuk keluarga kamu?"
saya telah menjawab "ada sedikit''
Rasulullah SAW bertanya lagi"berapa yang kamu tinggalkan?"
saya menyatakan "saya tinggalkan separuh"

Hazrat Abu Bakar siddiq r.a telah membawa kesemua harta yang ada didalam rumah beliau.Rasulullah SAW telah bertanya ,"Abu Bakar apa kah yang telah kau tinggalkan untuk keluarga mu?
beliau menjawab"saya telah tinggalkan Allah dan rasulNya untuk mereka" yakni beliau telah tinggalkan Allah dan rasul serta keredaaNya untuk keluarga beliau.

Hazrat Umar r.a berkata"sekali-kali saya tidak akan dapat mengatasi Abu Bakar r.a.

Keterangan:berusaha mengatasi orang lain dalam kebaikan adalah sangat baik dan digalakkan.Dorongan tentang hal ini juga terdapat dalam Al-Quran.peristiwa di atas berlaku semasa persiapan perperangan tabuk.Pada masa itu,Rasulullah SAW telah mendorong para sahabat secara khusus untuk menderma .Para r.hum bukan sahaja memberi bantuan setakat yang mampu malah telah memberi melebihi kemampuan mereka.

Fikir sejenak:macam tu lah pengorbanan sahabat-sahabat dalam agama.Hari ini kita baru di minta bahagi masa dan harta untuk agama.Itu pun kita dah rasa sangat berat.Malahan ada segelintir umat,dah lh tak nak bagi masa dan harta untuk agama malahan menentang pulak usaha agama.Macam-macam alasan dan tohmahan di beri pada orang yang buat usaha agama.Tinggal anak bini lah,tak berkerja lah,tak ada duit simpanan untuk masa depan lah dan macam lagi-lagi tanggapan negatif pada manusia yang buat usaha agama ini.Sahabat-sahabat r.hum bukan sahaja sedia bagi masa dan harta untuk agama malahan sanggup bagi nyawa untuk agama.kalau kita nak bagi masa dan harta pun berat,agak-agak sedia tak bagi nyawa.cuba fikir-fikir balik.


cerita seorang karkun

Ana nie sebenarnya baru lagi terlibat dalam usaha agama yang sangat murni ini.Bagi ana usaha ini bukan usaha atau kerja main-main.Semua orang islam yang ada kalimah Lailah'ailullah kena buat kerja ni.Eldest(Orang lama) kata sekarang ni dah tak ada lagi istilah jemaah tabligh atau pun orang yang buat dakwah ni dipanggil tabligh atau pun budak tabligh dan sebagainya lah..semua orang kena buat dakwah.Dakwah ni tulang belakang agama islam.kalau takder dakwah macam mana islam nie nak berjalan.lumpuh lah kan..
Dulu ana ni kira jahat lah jugak..tapi biar lah cerita kejahatan ana,ana buang jauh-jauh dari kotak kepala hotak ana ni(ingat masa sembahyang taubat jer).Tapi AL-Hamdulillah Allah tu maha penyayang lagi maha pengampun Allah pilih ana dalam usaha agama ni.Ana first time jenguk/berkenalan jemaah ini atas fikir risau bimbang diri sendiri dan ajakan seorang kawan(karkun jugak).Masa tu ana memang tengah ada financial problem nak khawin(lagi seminggu)kalau nak fikir memang tak logik lah ana dapat khawin dalam masa tu.Masa tu kawan ana tu(poey) ajak ana ziarah jemaah nie.Jemaah tu jemaah mix,tp banyak student lah.Yang ana ingat ada 2 orang tahfiz(student),2-3 orang student uITM,2-3 orang burzukh(org lama) seorang tu nama dia POK de dan seorang rakyat brunei(MALI).Asbab tu lah ana dapat tahu kepentingan solat berjemaah yang sebelum itu ana abaikan dan kat situlah ana rasa ana first time sembahyang subuh berjemaah setelah bertahun-tahun ana tak buat.(meleleh air mata woi).Dan malam tu lah jugak ana first time tidur kat masjid setelah last time(masa konvoi bermotosikal jelajah masjid n9 1997)ana tidur kat masjid.Dalam satu malam yang pendek tu lah Allah bagi macam2 hidayah.Malam tu mata yang tak biasa tido malam nie memang tak boleh tido.padahal yang lain dah berdengkur.Last-last masa tengah mamai -mamai nak lelap tu ana dengar ada orang nangis,ana pun apalagi terus bangun tengoklah(masa tu gelap).sekali tengok ada sorang tengah sembahyang sambil nangis-nangis2(jemaah nusrah kalau tak silap)dia tengah sembahyang apa ana tak pasti sebab ana tak tanya tp masa tu memang touching gak lah emosi seorang rockers(lah konon).Ana pun apalagi nangis gak lah di pembaringan.
Dan pagi harinya selepas upacara Taam ana pun balik rumah dengan hati yang macam2 perasaan.Ana pun ada azam dan bagi nama keluar 3 hari lepas khawin.Dan bermula detik itu lah ana kini tak sembahyang sesorang lagi kat rumah tapi sembahyang berjemaah kat surau taman perumahan ana dan selalu jugak sembahyang sorang-sorang kat surau sebab biasanya kalau zohor dan asar mmg tak der orang yang suka datang sembahyang kat surau.Apa pasal?(mungkin tak ada program minum teh berjemaah time2 camtu)Astaghfirullah..tapi itu suatu masa dulu.skarang nie Al-hamdulillah dah ada 7 orang karkun kat tempat ana.
Dan seminggu lepas tu ana pun selamat lah di nikahkan dengan isteri ana di masjid kariah felda lui timur.Dapat plak bapa mertua karkun.Allah kasi mudah plak semua urusan kahwin walaupun dalam serba kekurangan.pastu kat kampung tu plak memang banyak karkun yang buat usaha agama nie.Al-hamdulillah.Lepas seminggu khawin pun ana keluar 3hari.perghh memang rasa mujahaddah dah macam hanzalah plak.bezanya hanzalah syahid tapi ana selamat pulang ke rumah dan di sambut dengan kata cerca orang-orang tersayang(doalah ha).Ana memang sayang semua tu.kawan-kawan pun tak kurang yang pandang serong yang panggil ustaz pun ada gak,apalah mentaliti orang kita nie asal pakai kopiah jer kena panggil ustaz,ustaz pun sekarang nie dah tak pakai kopiah lagi kadang-kadang..kurang hajar sangat kawan-kaawan ana masa tu,rasa macam nak panggil jer sorang-sorang,lepas tu ajar ngan kaki baru cedok ngan tangan..Tapi tak boleh macam tu tak ada kejayaan..inikan usaha kasih sayang kena lebih banyak doa dan sembahyang untuk mereka.bukan orang lain pun, kengkawan ana gak..
Tapi biasa lah nabi pun ada kata''siapa yang mencintai aku berdsedialah.ujian akan datang dari segala arah sepertu air sungai yang mengalir"

No comments: