"Indahnya Sabar"

Tuesday, May 25, 2010

Majlis ilmu atau Majlis Santai


Assalamualaikum…

Dikesempatan ini saya ingin berkongsi dengan teman-teman mengenai sifat kita berada di majlis ilmu. Saya begitu hairan,pelik,sangsi melihat perangai masyarakat hari ini apabila berada di majlis ilmu, masing-masing berada jauh dari guru yang mengajar. Ada yang dibelakang tiang, bersandar di dinding dan kebanyakkannya berada jauh dari guru yang mengajar… mengapa jadi begini yap?? Apakah factor yang menyebabkan kita takut sangat untuk menghampiri guru yang mengajar?? Adakah guru akan tenking kita, duduk di depan? Adakah duduk di depan mengundang bencana kepada kita? Sebenarnya apabila kita duduk dihadapan dengan guru, lagi mudah kita memahami sesuatu pelajaran, memudahkan kita untuk bertanya apabila tak faham dan banyak lagi kelebihannya apabila kita duduk dihadapan guru.. ilmu yang dicurahkan oleh guru, pastinya kitalah orang yang pertama akan perolehi berbanding orang lain yang berada di belakang kita.. sama-samalah kita fikir bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah ini? Saya harap apabila teman membaca entry kali ini tak akan menjauhi guru yang mengajar. Apabila ada majlis ilmu kitalah orang pertama akan tempah tempat dihadapan guru… semua kita azam untuk berubah.. insyaAllah..

Ayat-ayat al-quran tentang ilmu

Allah berfirman

“Dan Allah telah menurunkan Kitab dan Hikmah, dan engkau telah mengajar kepadamu apa yang belum kamu ketahui. Dan kurnia Allah sangat besar atasmu.”(an-nissa:113)

“Dan katakanlah ( hai Muhammad), ‘ Ya Rabbku, Tambahkanlah kepadaku ilmu.”( Thahaa: 14)

“Dan sesungguhnya Kami telah member ilmu kepada Daud dan Sulaiman, dan keduanya mengucapkan “Segala puji bagi Allah yang melebihkan kami dari kebanyakkan hamba-hambaNya yang beriman.”(An-Naml:15)

Hadith-hadith Nabawi tentang ilmu

Dari Jabir ra, Rasulullah saw bersabda, “Ilmu itu ada dua:(1) Ilmu yang meresap ke dalam hati, itulah ilmu yang bermanfaat. (2) ilmu yang hanya di mulut, maka ilmu itu adalah Hujah Allah ke atas manusia.”(At-Targhib-Muntakhab Ahadith, Bab ilmu, no 3)

Ibnu Abbas ra berkata, “Pada suatu ketika, Rasulullah saw memelukku dan berdoa,”Ya Allah, ajarilah ia ilmu Al-quran.”(Bukhari-Muntakhab Ahadith, Bab ilmu, no.9)

Tuesday, May 18, 2010

Masjid vs Kedai kopi

Assalamualaikum...

Agak menarikkan tajuk kali ni... kali ini saya nak bincang tentang apa beza masjid dan kedai kopi... sedih melihat masyarakat hari ni, masjid telahpun dijadikan seperti kedai kopi.. masjid dijadikan tempat untuk sembng hal2 dunia.... tak takut kah kita dengan hadis nabi saw... salah satunya ancaman bg orang yg bercakap hal dunia di dalam masjid.. ke mana hilangnya peranan masjid? masjid sepatutnya dijadikan untuk mengeratkan ukhwah, nasihat menasihati, majlis2 zikrullah dan berkaitan dengannya. sedih hari ini kita melihat masjid2 dan surau2 bukan lagi menjadi tempat untuk zikrullah tetapi sebaliknya.... dijadikan tempat untuk buang anak, dijadikan tempat bercakap hal2 dunia dan sebagainya... apa kata dari sembang hal2 yang tak berfaedah kita tukar kepada halaqah2 berbincang pasal akhirat... mesti kawasan itu akan aman, sejahtera,bahagia dan harmoni... kita bincanglah bagaimana nak mengajak orang datang solat berjemaah, bagaimana cara nak menarik remaja cinta pada masjid dan perkara2 yang berkaitan dengannya... janganlah kita duduk berjam-jam di masjid berbual hal yang x dapat membantu islam... sama ja lah kita berbual d kedai kopi, kalaulah kita buat cam 2 bilalah islam akan maju?? yang lebih baik di kedai kopi pun kita cakap pasal akhirat juga... pasti akn wujud suasana islam... susahkan nak jumpa orang yang duduk di kedai kopi cakap tentang akhirat... yang kita lihat hari ni,, duduk di kedai kopi, sembang pasal bola, pasal nombor ekor, main dam dan sembang perkara2 yang tak berfaedah.. mengapa ya?? kerana orang2 yang soleh x lepak di kedai kopi... saya ada mendengar satu kuliah maghrib.. ustaz bagi tau cucu sulong setan ialah orang yang sembang di kedai kopi,cucu tengah orang yg sekat laluan jalan dan cucu yang paling setan sayang adalah orang yang datang masjid untuk solat jumaat apabila bilal dah iqamat... wallahhua'lam

Wednesday, May 5, 2010

mudah,easy,simple... TAPI susah untuk praktik

Assalamualaikum.... Assalamualaikumwarohmatullah... Asasalamualaikumwarohmatullahhiwabarokatuh.... sangat2 simple... TETAPI susah untuk kita amalkan.... mengapa ya??? tanyalah iman sendiri...... ustaz, guru, student,orang tua, orang muda, nenek, mak cik, pak cik, orang arab, orang syria, orng Malaysia, indonesia.... semuanyer sama saja.... amat menyedihkan ummat hari ini.. ucapan yg begitu mudah TETAPI kita x dapat nak amalkan... Assalamualaikum mengeratkan lagi hubungan ukhwah, assalamualaikum merasa hormat antara satu sama lain.. Assalamualaikum begitu indah ucapannya... saling mendoa antara satu sama lain... mengapa suasana memberi salam hari ini sudah hilang ya???? bila bertemu, masing2 tunduk... masing2 buat hal sendiri... masing2 ego... x tahulah mengapa.... bila jumpa orang yang kenal barulah nak bagi salam... itupun kalau nak bagi salam... x pun ucapan hai, hello,bro,hoi,dul dan sebagainya.... kemanakah hilangnya ucapan yg mulia ini,... Assalamualaikum pak cik, Assalamualaikum abang, Assalamualaikum ustaz, Assalamualaikumwarohmatullah adik, assalamualaikum anak, assalamualaikum encik..... Assalamualaikum atuk, Assalamualaikum nek dan sebagainya...... sedih memang amat menyedihkan... sama2lah kita fikir2kan.... yang begitu mudah pun lita x dapt nak amalkan, bagaimanakah amalan yang berat???? adakah mudah untuk kita amalkan.... bagaimana kah kita untuk berdakwah??? kalu ucapan semudah ini pun kita x dapat amalkan... bagaimakah orang nak hormat kita, padahal kita sendiri x hormati orang lain.... moga2 Allah aswt memberi kekuatan kepada ana untuk amalkan... sama2lah kita amalkan.. sama2lah kita hidup kembali suasana islam... sama2lah kita hidup kembali sunnah nabi saw.... Wallahhu'alam