"Indahnya Sabar"

Thursday, April 15, 2010

REMAJA

Remaja

Bismillahhirrohmanirrohim

Assalamualaikum semua teman. Remaja adalah harapan pada Negara. Benar…. Benar.. memang benar…. Hati remaja x macam orng tua… remaja inginkan kebebasan… remaja inginkan belaian kasih sayang.. perhatian, tunjukk ajar dan seumpamanya.. bukan golongan remaja tak igin jadi seorang muslim sejati.. tetapi kehendak remaja x ditunaikan oleh golongan remaja yang terlebih dahulu remaja… ramai golongan tua risaukan remaja, remaja rempitlah, lepaklah , berfoya-foya dan sebagainya.. persoalannya apakah tindakan yang telah dilakukan??? Adakah golongan tua x pernah merasai zaman remaja? Bukan saya nak salahkan golongan tua, tetapi ambillah sedikit pengalaman dan pengajaran masa zaman muda mereka untuk anak muda sekarang. Kami golongan remaja tahu, apakah peranan kami.. kami mesti hormati orng yang lebih tua… persoalannya adakah orang yang lebih tua memberi kasih sayang kepada yang muda???? Ramai orang perktakan di masjid2 di surau2 kebanyakannya orng tua.. kemana hilangnya orang muda??? Adakah mereka fikir lambat lagi nak mati, tunggu pencen jer lah nak beribadat banyak2 pun.. mungkin ini adalah pandangan anda.. pada pandangan saya sebaliknya.. pandangan saya golongan tua tidak memberi dorongan,bimbingan,tunjuk ajar kepada orang muda.. saya melihat ramai juga orang muda yang pergi masjid dan surau… yang menyedihkan saya, golongan tua tidak mengambil kesempatan yang ada untuk ikram orang muda.. sepatutnya masa inilah mereka perlu mendampingi gologan muda, ajak sembang, belanja makan, ajak pergi rumah dan sebagainya… amat menyedihkan golongan tua tidak dapt berkenalan golongan muda yang pergi ke masjid dan surau… senyum pun susah untuk diberi kepada golongan muda… ini hanya pandangan saya… tuan2 yang mulia mungkin mempunyai pandangan yang berbeza… sebenarnya golongan remaja sangat mudah untuk didampingi… saya juga remaja. Pada saya.. senyuman pun sudah cukup untuk menenangkan hati.. apabila berjabat tangan senyum pun tidak… mata tidak bertentang mata… cubalah kita berjabat tangan dengan penuh kasih sayang dan ikhlas… saya sebagai golongan remaja sedia mendengar pengalaman yang dikongsikan oleh golongan tua… saya mengharap sangat golongan tua dapt member kasih sayang sepenuhnya kepada golongan remaja.. sekurang-kurangnya berilah senyuman… Wallahhua’lam…. Minta perkongsian anda semua…

PERBEZAAN JEMAAH

ANA COPY DARI ULUVISLAM... HARAP SAMA2 DAPT MAFAAT

Puzzle;

Dalam menyusun puzzle, sekiranya diteliti dengan baik, maka dapat menyusunnya dengan baik.

Teliti.

Jika puzzle disusun oleh seorang sahaja, maka tiada gangguan orang lain, namun terasa macam tak teruji, sebab duduk seorang diri, maka hasilnya sekadar itu sahaja.

Puzzle, disusun dengan ramai pendapat, seorang memberi pendapat, demi seorang beri pendapat dalam keadaan teliti.

Teliti,

Maksudnya yang arif dalam puzzle tampil ke hadapan, bukan yang tidak arif. Yang tak arif, seharusnya dengar dan ikut sahaja, garis yang diberi daripada Ulama mereka.

Bila bertemu diantara Ulama dengan Ulama; Mereka masih memegang akidah yang sama.

Seumpama puzzle tadi, yang menjadikan ianya rumit disusun atur agar mendapat hasilnya adalah gangguan daripada bukan yang arif, hinggakan mereka ini tiada arif, tiada dapat membezakan yang cabang dan asas. Dan juga tiada membezakan yang asas (akidah) samasekali tak boleh disepakatkan, untuk ketetapannya.

Orang tak arif ini, tak teliti dan kurang pengamatan, seringkali perkataannya keluar terhadap seseorang , itu salah, itu bida’ah. Itu ini dan itu.

Tetapi bagi yang arif, seringkali perkataannya, hairan atau pelik diajukan. Lihatlah kitab-kitab terdahulu, mahupun syair daripada ulama atau ahli sufi. Mereka tiada menyalahi atau menghukum, diri sendiri lainlah. Tetapi berhubung masyarakat atau individu tertentu, pelik dan hairan. Mahupun sahabat nabi, “aku pelik melihat orang hari ini, kami belajar Iman dahulu, kemudian belajar Al-Quran”. Sahabat nabi tak menyalahkan, melainkan sealiran dan sama tahap kefahaman, masing-masing boleh terima.

Masyarakat hari menjadi pincang, apabila, yang bukan ahli, bersuara soal akidah dan pembentukan akidah; sejajar itu cabangnya menjadi rosak. Apatah lagi buahnya.

Bukan itu sahaja, pembentukan ilmu dalam diri atau individu hari ini, tidak seperti sahabat nabi, tabien, tabi’ tabien, wali-wali Allah; Ilmu ditimba tiada adab disertakan, ilmu itu diperolehi sekadar hiasan sahaja, tiada berintipati. Tiada makna disisi Allah.

Ini berpunca daripada pecahan orang yang keluar daripada keadaan sebenar. Pelajaran Ilmu diperolehi. Mungkin disebabkan hasad dengki, hinggakan sanggup membina cara baru dalam memperolehi ilmu. Hingga jauh menyimpang; Ini akan mewujudkan kefahaman yang salah, hingga hak-hak Allah diketepikan dan yang batil disamakan.

Macam tajuk forum ini

Baik atau Buruk.
Baik dan Buruk.

Dan , atau dua yang berbeza. Ini pilihan. Suruh dipendapatkan. Dan dihasilkan dan dirumuskan. Saya pelik, forumer hari ini, terlalu bebas, buat sesuatu perkara untuk diperbincangkan. Tambahan pula ini, melibatkan banyak hati. Saya tak mahu hati-hati ini berkecai dan sejurus itu hati saya dan tuan-tuan juga terasa. Memang akan terasa, kita sama-sama Islam.

Dalam Al-Quran, ada 114 Surah.

Istimewa untuk Nabi Muhammad s.a.w. dan Umatnya.

Dari masjid ini juga setelah daripada Mekah, selama 13 tahun berusaha. Keistimewaan ini diberikan kepada Umat ini.

Jemaah yang dimaksudkan ini, adalah jemaah yang melakukan amalan yang sepatutnya sama dengan para sahabat; Jadi wujudlah jemaah Umrah, jemaah Haji, Jemaah Jumaat, Jemaah Zohor, Jemaah Asar, Jemaah Maghrib, Jemaah Isyak, Jemaah Subuh, Jemaah Tabligh, Jemaah Dakwah dan boleh secara individu dakwah (infrad) dan banyak jemaah lagi.

Dalam Al-Quran, al-shabu khafi; menerangkan suasana menyelamatkan iman, maka istimewa umat ini, masjid menjadi tempat iman diselamatkan.

Masjid adalah lahir daripada “La ila haillallah” ; perkataan ini adalah perkataan yang paling baik dalam dunia. Dan perkataan ini ada maksud, maksudnya dalam kehidupan ini, sebagai manusia adalah hamba, harus taat perintahNya dan bukan sekadar itu, setelah taat ada disertai ikut; Apa yang disuruhNya, ikut. Ikut dengan tiada ada sebarang tanya balik.

Seperti Nabi Musa a.s. 12 tahun diajar oleh Nabi Khidir, untuk dapat pelajaran ikut. Belajar Iman, erti disebalik semua ini, disebalik semua takdir ini, ALLAH yang BERKUASA. Ikut sahaja rentak ini, senyap dan hanya berkata tentang ALLAH MAHA BERKUASA , mengesakan ALLAH dan Segala apa yang menjadi KesukaanNya.

Masjid adalah tempat dimana manusia dijamakkan.

Hari ini, dijamak kan manusia lain tempat, sedangkan masjid menjadi tempat utama. Tempat terbaik dalam dunia ini. Masjad, tempat sujud.

Segala perbuatan setelah niat iktikaf , akan memberi faedah.

Pasaraya, Pejabat, dan segala tempat lain selain masjid menjadi keutamaan. Jadi Maksud Nabi, Rahmat untuk sekalian Alam ini, adalah masjid ini tempat turun rahmat. Tetapi hendaklah masjid ini dihidupkan dahulu, amalan masjid. Masjid adalah tempat keluarnya daripada Fikiran, Sebutan, Pendengaran dan Penglihatan yang baik, maka lahir amalan yang baik.

Apa perkara paling baik, MENTAUHIDKAN ALLAH adalah terbaik serta kisah teladan dan pedoman daripada orang terdahulu yang termaktub dalam Al-Quran, hadis, para sahabat, mahupun tabien dan tabi’ tabien.

Sekiranya masjid telah menjadi tempat mengumpat, menghina, mengkeji, merendahkan taraf seseorang, bergelak ketawa, seperti dalam hadis;

Dari Abu Sa’id Al-Khudri r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda : Seseorang mengatakan satu perkara semata-mata untuk menyebabkan orang lain ketawa, dan dia merasakan perkara yang dinyatakan itu tidak apa-apa, tetapi kerananya dia akan sampai ke dasar neraka Jahanam lebih dalam dari jarak bumi dan langit. (HR Musnad Ahmad)



Sekiranya masjid menjadi tempat yang selain daripada asal masjid diwujudkan zaman sahabat nabi. Maka masjid akan rosak. Bila masjid rosak, hati-hati manusia dalam kampung itu tiada rahmat, rosak. Bila kampung rosak, Daerah rosak, bila daerah rosak, negeri rosak, bila negeri rosak, negara rosak. Duduk masjid ini, untuk apa? Adakah ALLAH sia-sia dalam menyatakan keistimewaan nabi Muhammad s.a.w. dan umatnya, sedangkan umat terdahulu, tiada perkara ini,

Dari Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. bersabda: Aku telah dilebihkan daripada kalangan para nabi-nabi di atas enam perkara. Aku telah diberikan Jawamial Kalimat iaitu ungkap-ungkapan yang sempurna,bantuan dari Allah dengan ketakutan didalam hati musuh, dihalalkan bagiku harta-harta rampasan perang, dijadikan seluruh muka bumi sebagai suci dan boleh membina masjid dimana-mana, aku diutus untuk seluruh makhluk dan sebagai penutup sekalian para nabi-nabi. (H.R. Muslim bab al-masjid m/s1167)

Keterangan : Jawamiul Kalam ialah perkataan-perkataan ringkas, dan ayat-ayat pendek tetapi mengandungi banyak makna, Bagi umat yang terdahulu harta rampasan perang dibakar sehingga hangus. Begitu juga dengan ibadat, ummat yang terdahulu hanya boleh beribadat di dalam tempat yang khas sahaja. Tanah disucikan dimana boleh digunakan untuk bertayamum. Akulah dikalangan para nabi-nabiyang diutus untuk sekalian manusia, bukan untuk kaum-kaum tertentu. Sebagai nabi penutup yang mana selepas ini tidak akan ada lagi nabi yang diutus.



Jadi masjid ini, tempat untuk perkara baik.

Untuk ianya menjadi perkara baik, seperti zaman nabi dan sahabat nabi, ambil apa yang mereka telah amalkan hinggakan ada amalan menjadi diamalkan secara individu dan ada amalan dilaksanakan secara jemaah.

Zaman sahabat, perkara utama daripada masjid hingga ke lain-lain kawasan menjadi perkara utama adalah Dakwah dan Tabligh tentang kebesaran ALLAH, perintah ALLAH swt. Dan sunnah Nabi s.a.w. serta hadith nabi.

Zaman kita hari ini, banyak perkara menjadi keutamaan; hingga merata tempat, masjid, rumah, kedai kopi, restoran, padang, tepi jalan, tempat tunggu bas, klinik, pasaraya, tengah sawah, tempat pertanian, kawasan perlombongan, bengkel kereta, tempat kerja dan hampir seluruh tempat. Samada sedang bercuti atau bekerja.

Dakwah dan Tabligh tentang kereta tercantik bagi pencinta kereta.
Dakwah dan Tabligh tentang pancing ikan.
Dakwah dan Tabligh tentang ayam serama
Dakwah dan Tabligh tentang rempit.
Dakwah dan Tabligh tentang komestik.
Dakwah dan Tabligh tentang pelbagai selain ALLAH dan PERINTAHNYA.

Sekiranya seru dan sampaian ini sering diutamakan, maka hati akan menjadi seperti dalam kitab Imam Al-Ghazali, seperti seorang penjual Jerami, hidupnya seru kepada jerami, maksud seru adalah sesuatu perkara itu boleh memberi manafaat kepada dirinya, maka diseru dan sampaian (tabligh) hari-hari, jerami, fikir, risau, bimbang, ucapannya semuanya tentang jerami, Suatu hari dimasa dia menjual jeraminya, dilaungkan “jerami! Jerami! Dengan dijerit harganya sekali” ketika itu juga sekaratul maut menjelma, alam berubah, maka orang mengelilingnya, talkinkan kalimah, tetap juga ucapan yang keluar “Jerami!”.

Hati itu telah rosak kerana dakwah dan tablighnya tentang “Jerami”

Orang Alim beritahu, semua takdir telah ada, sirat dan tersurat. Sekiranya manusia yang yakin dengan perkara ghaib iaitu perkara akan datang juga milik Allah, maka dia akan mengikut ALLAH, dengan perintah ALLAH agar manusia ini mendakwah dan mentablighkan tentang ALLAH sedangkan urusan kehidupan di dunia ini, ALLAH yang aturkan. Usaha sebenar adalah Dakwah dan Tabligh tentang ALLAH

Dan Bukannya Dakwah dan Tabligh selain daripada ALLAH.

Zaman sahabat, Dakwah dan Tabligh tentang ALLAH, ini meminta pengorbanan diri, masa dan harta.

Allah minta 4 bulan, 40 hari dalam setahun untuk korban di jalan ALLAH
Allah minta 3 hari dalam sebulan untuk korban di jalan Allah.
Allah minta 2 Ziarah dilakukan daripada masjid sendiri dan masjid lain.
Allah minta 2 Jam setengah untuk amalan masjid, ajak manusia ke masjid, ajak manusia bersama melakukan ziarah.
Allah minta 2 Taklem, 1 di masjid – dilakukan dengan beradab, kelebihannya “Allah hapuskan 100 majlis lalai diluar daripada masjid ” dan 1 di rumah – anak dan isteri;dilakukan dengan beradab, kelebihannya “Allah hapuskan 40 majlis lalai di luar rumah” tempiasnya jiran terasa, itu sebab kekadang jiran terasa mudah nak beramal. Berkat taklem yang suatu masa dahulu zaman sahabat telah melakukkannya.
Fikir harian sekiranya berseorangan dan mesyuaratkan sekiranya ada beberapa orang, ajak berfikir bersama.

Sama juga dengan

Zaman kita, Dakwah dan Tabligh tentang pancing, kereta dan sebagainya, meminta pengorbanan diri, masa dan harta. Baru datang apa yang disangkakan janji sebenarnya palsu. Seperti dapat seronok tarik ikan dan sebagainya.

Pancing minta 4 hari, 2 hari di kelong.
Kereta minta 3 hari, 1 hari, 2 jam dan sebagainya.
Dsbnya yang diyakini adalah letakkan janji kejayaan, meminta korban.
Belum pergi pancing, dan fikir harian di rumah dan kemudian dimesyuaratkan di kedai kopi, kemudian dimuzakarahkan dalam kereta dan juga kedai, jenis pancing terbaik, cara amalan yang terbaik bagi sesuatu kawasan pancing.

Sebenarnya perbezaan jemaah ini, tak baik.

Seharusnya jemaah haji tetap jemaah haji. Kenapa nak dibezakan?
Cuma beza disini, adalah dihajikan kurma di Makah dan Madinah, bukan peristiwa dan lawatan tempat mulia menjadi sandaran. Sedangkan duduk di Malaysia boleh dapat kurma.

Seharusnya jemaah tabligh tetap jemaah tabligh. Kenapa nak dibezakan? Beza disini, apa yang ditablighkan, ALLAH atau kereta, pancing dsbnya.
Sekiranya nampak jemaah tabligh ini, macam orang itu dan ini, telah ditrademark kan sebagai kumpulan, maka ramai yang tak mahu mengamalkannya.

Sedangkan ianya amalan dan bukannya pertubuhan. Sekiranya orang yang berusaha ini juga (maksudnya spt digelar masyarakat, orang tabligh), sering mentablighkan tentang perniagaannya, sama juga dia juga telah meninggalkan tabligh tentang ALLAH. Sebenarnya semua manusia bertabligh (menyampaikan) setiap hari.

Sebab itu ini adalah untuk manusia itu beriman dan setelah beriman untuk sempurnakan agamanya, manusia beriman itu kena dakwah dan tabligh tentang ALLAH, sekiranya boleh banyak masa dikorbankan untuk ini.

Kelebihan Dakwah dan Tabligh tentang Kebesaran ALLAH, ada banyak.

Satunya syaitan menjadi lemah dan tak berdaya, dan patang tulangnya, hinggakan takut berada dalam kalangan manusia yang sering BERDAKWAH dan BERTABLIGH tentang ALLAH.

Seperti berlaku zaman sahabat, syaitan duduk dipinggir-pinggir jauh daripada manusia, dan sering dalam kehinaan, ketakutan, kesakitan disebabkan amalan ini.

Tetapi syaitan sekarang, terasa bagaikan orang kenamaan, disanjung tanpa sedar oleh manusia. Iaitu Dakwah dan Tabligh tentang kelebihan dunia ini, tentang kereta, pancing dsbnya. Dan dah sememangnya sudah menjadi telunjuk syaitan. Maka seks bebas, zina, sumbang mahram, rogol, fitnah, tomahan, mahkamah tak selesai kes, hukum ALLAH tak tertegak, orang tak solah, orang merempit, membunuh dsbnya gejala tak sihat.

Tetapi zaman sahabat, Khalifah Umar r.a. seorang wanita daripada Yaman datang ke Madinah, seorang diri dengan membawa emas yang banyak. Tiada emas hilang, dan diri terasa dihormati. Setiap persinggahan, dilayan dengan baik. Hati gembira, Perbuatan sahabat, orang lain dapat tenteram.

Hari ini, ibubapa kena pantau, itu ini, tet tot ini, pet itu. Buat forum bincang soal remaja. Ibubapa risau anak keluar rumah, nanti jadi macam ini, dan itu. ALLAH letak ketakutan dalam hati manusia. Kerana tabligh dan dakwahnya sering kepada Ghairullah.

ALLAH telah letakkan panduan dan cara. Kita sahaja yang lalai, Adakah kita nak salahkan ALLAH?


Monday, April 5, 2010

Abdur Rahman

senyummu menjadi tanda ingatan.. pengorbananmu tak dapat abang nak nilai..engkau seorang adik yang hebat, namamu ,watak mu abang jadikan contoh kepada teman2 abang.. akhlakmu menjadi ikutan, engkau seorang sahabat yang hebat.. kata2 mu penuh dengan semangat seorang pejuang.. walaupun engkau tak sempurna seperti insan lain, pada abang engkaulah yang terhebat... walaupun engkau berkerusi roda engkau tak pernah patah semangat.. engkau seorang insan yang luar biasa.. ujian demi ujian dari Allah swt kepadamu... tapi engkau tempuhi dengan hati yang tenang... engkau hanya berdoa kebaikan kepada orang yang melakukan penganiaan padamu... engkau tidak pandang buruk pada mereka... engkau hanya kata.. mereka tidak tahu, iman mereka lemah... jika mereka tahu, mereka lebih baik... engkau seorang yang berfikiran positif... tidak cepat melatah... engkau seorang yang tak pentingkan dunia... engkau pandang akhirat... kata2mu mengingatkan seseorang ingat pada pencipta alam.. kata2mu penuh dengan mutiara...