"Indahnya Sabar"

Sunday, March 28, 2010

Beli Laptop

Beli Laptop

Assalamualaikum teman semua? Alhamdulillah dikesempatan ini ana dapat menaip apa yang ana fikirkan untuk kita kongsi bersama. Alhamdulillah semalam ana pergi menemani sahabat ana untuk beli laptop d plaza loyat. Ana n teman service 1 kedai ke 1 kedai. Macam2 ragam n taktik untuk menarik customer, ayat2 yang menarik, terpikat dan sebagainya digunakan. Apa sahaja yang boleh kelentong, kelentong je la. Maaf ana ucapkan disini kalau ana ada menggunakan perkataan yang agak kurang sopan. Ana tahu lah jugak serba sedikit nak beli laptop ni, sebab ana baru jer beli laptop 1bulan yang lepas.. harga pun insyaAllah ana dapat bandingkan.. ana nasihat sahabat disini kalau nak beli laptop kita tolong saudara 1 kalimah dengan kita untuk memajukan lagi perniagaan mereka. insyaAllah mereka akn membayar zakat. mereka ni jual harga lebih murah dari saudara yang bukan 1 kalimah dengan kita, saudara muslim kita x ada lah nak berbohong banyak sangat, mereka akn fikir kalau berbohong Allah swt maha mengetahui, mereka juga mestilah mahukan keredhaan dariNya. Sahabat semua janganlah terpedaya dengan free gift, sebenarnya x ada pun free gift 2. Semuanya kita yang bayar. Kecuali orang yang mengetahui kelebihan memberi hadiah jer yang ikhlas untuk bagi freee gift. Untuk mendapatkan harga yang lebih murah, ana pun cakaplah klu saya x nak free gift brapa harganya. Dia pun mulalah mengira.. tut… tut.. ada lah sedikit pengurangan harga… inikan dah satu penipuan, cakap free gift tapi ada charges, cakap x serupa bikin..Ana fikirkan di plaza loyat x ada orang melayu or muslim yan menjual laptop. Tetapi sebaliknya. Banyak sekali saudara 1 kalimah dengan kita buka business di sana. Alhamdulilah jalan2 ana jumpalah 1 kedai muslim. Kedai ni terletak di tepi n hujung2 area loyat. Dikedai ni ana pun Tanya lah harga laptop brand Dell RAM 2G, processor 2.3, HDD230G n byk lagilah ana pun x ingt.. mula2nya dia letak harga RM1980.00.. Harga ni kira murah lah ckit berbanding kedai yang ana p sebelum ni.. murah RM20 jer.. Ana pun buatlah tawar menawar lagi sambil bermesyuarat dengan sahabat ana.. Ana tanyalah sahabat ana,”cam ne nak beli tak”? aku ok jer, ko cam ner? Ni kedai muslim, kita mesti tolong dia, lagipun harganya murah lah jugak.. ana fikir nak round lagi plaza loyat 2, maybe bleh dapat harga yg more cheapers… peniaga 2 pun cakaplah u r the first customer today, I give you the special price.. dia pun less la ckit demi sedikit, sampailah harga Rm1900.00.. ok im agree.. untuk pengajaran d sini kalau ahabat yang ada nak beli laptop baru di plaza loyat. Sahabat pergi satu kedai ke satu keddai.. jangn terus percaya dengan 1 kedai jer… seboleh-bolehnya sahabat pergilah kedai saudara semuslim dengan kita… InsyaAllah kita akan dapat harga yang berpatutan… bukan bermaksud x boleh berurus niaga dengan orang bukan islam… tetapi kita letaklah priority saudara semuslim kita di atas… klu dah x ada pilihan baru kita ambil second choice..

Thursday, March 18, 2010

Meniru/copy/jeling-menjeling


Assalamua’laikum semua

Kali ni ana nak berkongsi pasal meniru.. especially time kuiz,test and final la…. Budaya ni sudah menjadi perkara biasa bagi student… ini lah peluang untuk mendapat result yang cemerlang… maybe bleh la dapt dekan… kebanyakkan umat manusia hari ini telah meletakan kejayaan dunia di hadapan… tetapi kejayaan yang senarnya”Sejauh mana manusia dan jin dapat taat perintah Allah swt dan ikut sunnah nabi Muhammad Saw”. bagi pendapat ana sebab tu la ramai student akan meniru… di fikiran klu dapat pointer tinggi nanti senang la dapat kerja.. kalau dapat test rendah nanti apa pulak kata lecture. Kalau dapt tinggi boleh la bangga sikit.. dan pelbagai lagi la.. ana teringat time test management di uitm arau dulu.. ana datng lewat ckit untuk jawab test.. terpaksalah ana duduk di depan sekali.. dah la dok di depan.. nak jawab pun tak tau… ni bukan masalah senang or susah.. ini masalh ana, ana yang tak study,, sebab 2 la ana x dapat nak jawab… ana pusing kiri,kanan n belakang.. nak tiru pun x boleh, x Nampak lah pulak… Alhamdulillah dengan adanya sedikit iman ana tetap tidak akan meniru walaupun ana x dapt nak jawab… ana berserah pada Allah je.. ana teringat kata2 seorang lecture math ana.. dia cakap “x perlu la nak meniru kalau x reti, ingat kalu kita tiru nanti x berkat” hasil kita meniru, kita akn dapat result.. dengan result ni kita akan dapat kerja, dengan hasil duit kerja, kita akan makan, menyara anak dan isteri dan sebagainya… adakah berkat duit yang kita makan dan sara anak isteri kita? Oleh itu x perlulah kita nak meniru klu kita x pandai buat, kita buat yang termampu jer.. semalam ana belajar philosophy of science.. ana seronok dengan cara ustaz Zaki mengajar, dia cakap kita buat yang kita boleh buat jer.. klu x boleh buat biar jer la.. rezeki itu Allah swt yang bagi.. x perlulah kita nak risau… yang penting kita melakukan cara yang halal.. kita semua inginkan keberkatan rezeki kan? So x perlulah kita nak meniru. Kita buat je apa yang kita tahu… kita kita dah buat.. kita sama2lah mohon ampun kepada Allah swt... sesungguhnya Allah maha pengampun...wallahhua’lam

Monday, March 15, 2010

Kewibawaan Rasulullah SAW

Majlis Rasulullah adalah majlis yang diwarnai dengan kemurahan hati, kesabaran dan amanah. Tidak ada suara yang keras, tiada kebimbangan akan berlaku sesuatu yang menghina kehormatan dan mereka saling menasihati dalam urusan takwa.
Baginda sangat menghormati orng yang lebih tua,menyayangi yang lebih muda, menolong orng yang memeerluka pertolongan dan mengasihi orang asing.
Rasulullah saw sentiasa gembira, murah hati, lemah lembut, tidak kaku dan tidak keras, tidak suka mengutuk, tidak berkata keji dan tidak suka mencela. Baginda sentiasa meninggalkan tiga perkara: riak, banyak berbicara dan membicarakan perkara yang tidak perlu dan tidak bermanfaat.
Rasulullah saw sentiasa memerintahkan umatnya agar meninggalkan tiga perkara, iaitu: tidak mencela seseorang, tidak menghinanya, dan tidak mencari kesalahannya.
Baginda tidak berbicara melainkan dalam perkara yang boleh mendatangkan pahala. Jika baginda berbicara, orang yang hadir dalam majlis akan diam, seolah-olah ada burung diatas kepala mereka. Mereka akan berbicara apabila Rasulullah saw selesai berbicara.
Para sahabat merasa segan untuk membantah di hadapan baginda. Jika ada orang yang berbicara ketika Rasulullah berbicara, mereka akan menyuruhnya diam hingga baginda mengakhiri ucapannya.
Baginda tersenyum apabila ada sesuatu yang membuat mereka tersenyum, mengagumi sesuatu yang membuat mereka kagum dan sangat sabar menghadapi kekasaran perkataan yang lain. Baginda bersabda:”Jika kalian melihat orang yang ingin mencari penyelesaian di atas masalah yang dihadapinya, maka bantulah dia.”
Baginda tidak mencari kepujian melainkan daripada orng yang berhak. Kharijah bin zaid pernah meriwayatkan:
“Rasululah saw adalah orang yang palingmulia dan paling berwibawa dalam majlis. Hampir tidak ada yang keluar dari hujung bibirnya. Baginda lebih banyak diam, tiada berbicara mengenai perkara yang tidak bermanfaat perkara-perkara kotor.”
“Tawanya berupa senyuman, perkataannya terperinci, tidak terlalu sedikit dan tidak terlalu banyak. Para sahabat tertawa jika baginda senyum kerana mereka hormat dan mengikut cara baginda.”
Demikianlah beberapa gambaran mengenai kemuliaan dan keagungan akhlak Rasululah SAW yang mencerminkan kemuliaan dan ketinggian peribadi baginda.
Gambaran mengenai sifat baginda yang penulis huraikan adalah sebahagian kecil sahaja. Masih banyak lagi sifat dan akhlak mulia baginda yang patut kita ingati dan jadikan pengajaran serta ikutan sepanjang zaman.
Dari buku: senyuman dan kenangan manis bersama Rasulullah saw.(Hj Abdul Malik LL,M(syariah))

Sunday, March 14, 2010

Sahabat

Bismillahirrohmanirrohim...
Penatnya hari ini.. Sakit kepala ana kerana tak dapat nak tidur semalam... Apabila ana nak pejamkan mata fikiran ana terganggu... inilah first time ana tidur 510pg... walaupun x dapat tidur ana cuba jgk untuk tidur dengan melakukan beberapa adab sebelum tidur.. takut2 subuh x dapat bangun untuk solat berjemaah..Alhamdulillah walaupun ana tidur lewat Allah masih pilih ana untuk solat subuh secara berjemaah di surau... Tentu sahabat2 tertanya2 apakah yang ana fikirkan sehingga x dapt nak tidur... sebelum sampai di umah sahabat ana ,air mata ana bergelinangan membasahi pipi.. ana rasa bersalah dengan Allah... ana fikirkan sahabat baik ana.. ana x sanggup kehilangan mereka... betapa sedihnya hati ini hanya Allah sahaja yang tahu.. didalam perjalan ke rumah sahabat ana pelbagai perkara yang bermain di fikiran ana.. ana menanya diri ana mengapa ini berlaku? apa salah ana? apa salah sahabat ana? ana anggap ini adalah satu ujian dari Allah swt untuk memberi kakuatan kepada ana untuk terus maencari kebenran... mungkin ana x dapt nak tulis di sini apakah perkara yang sebrnarnya telah berlaku... semoga Allah memberi kekuatan kepada kita untuk taat perintah Allah swt

Saturday, March 13, 2010

Pengorbanan Ibu

Friday, March 12, 2010

ibu

Thursday, March 11, 2010

sejahat-jahat makhluk

Dari Aisyah r.a. katanya,:"Sesungguhnya ummu Habibah dan Ummu Salamah ada menyebutkan kepada nabi gereja yang dilihatnya di negeri Habsyah, bahawa di dalam gereja itu ada sejumlah patung. Sabda nabi s.a.w,:"Sesungguhnya orang-orang itu jika yang meninggal di antara mereka orang soleh, mereka membuatkannya masjid di atas kuburannya dan mereka buatkan patungnya. Mereka itulah sejahat-jahat makhluk di sisi Allah pada hari kiamat." (al-Bukhari)

Huraian:
Islam tidak meredhai umatnya menyimpan patung di dalam rumah kerana ia mirip kepada sembahan-sembahan yang biasa dipertuhankan oleh orang-orang kafir. Sekalipun seseorang itu tidak menganggap patung tersebut sebagai tuhan dan tidak menyembahnya, ia tetap ditegah kerana Islam bukan sekadar melarang seseorang dari melakukan syirik tetapi ia juga menghalang dan menutup segala jalan-jalan yang mengarah, menyerupai dan memiliki unsur syirik. Lebih dari itu malaikat juga enggan memasuki rumah yang mempunyai patung di dalamnya dan ketiadaan para malaikat ini akan menjauhkan rahmat dan keredhaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala daripada penghuni rumah tersebut. Akan tetapi Islam sedia memberi kelonggaran dan kemudahan hukum kepada anak-anak kecil yang memiliki patung sebagai alat mainan kerana bagi anak-anak, patung-patung tersebut tidaklah memiliki sebarang nilai sembahan kecuali sekadar alat mainan sahaja. Namun begitu di zaman kini agak sukar dibezakan antara patung (al-Tamathil) yang dibenarkan atau dilarang kerana ia kini diperbuat dari pelbagai bahan-bahan yang berbeza dengan zaman Nabi s.a.w. Ada patung dari aloi logam, bahan gentian plastik, kaca dan sebagainya. Maka langkah terbaik dan selamat ialah tidak menyimpan patung-patung tersebut sama ada di dalam rumah, pejabat, kereta atau di mana-mana sekalipun kerana ditakuti ia menjebakkan kita di dalam perbuatan syirik tanpa sedar.

Wednesday, March 10, 2010

TAHNIAH KEPADA SEMUA

Assalamualaikum......
Tahniah ana ucapkan kepada semua pelajar lepasan SPM,STAM,STPM....
Berjaya mendapat keputusan yang cemerlang ana ucapkan tahniah, dengan asbab usaha antum dengan izin Allah antum berjaya..
Janganlah kita yakin bahawa dengan usaha kita kita telah pun berjaya, semuanya datang dari Allah swt.. Allah yang memberi kejayaan kepada kita, tapi kita kenalah usaha... Bukan kita kena usaha tapi Allah lah yang memberi kejayaan, disini kita telah utamakan makhluk berbanding pencipta makhluk.. kita perlu ingat yang memberi kekuatan untuk kita study juga Allah..
semuanya datang dari Allah....
Oleh itu kita x perlulah nak rasa disanjung, dipuji, sombong dann memandang rendah kepada orang lain.. kerana kejayan ini milik Allah... kita perlulah rasa bimbang, takut2 terdetiknya dalam diri kita sifat sombong,angkuh dan sifat mazmumah yang lain dalam diri kita yang serba kekurangan ini..
Wallahhua'lam

INDAHNYA SENYUM


Senyuman adalah sedekah yang mahal harganya, tetapi sangat mudah dilakukan oleh semua orang.
Senyuman menambahkan keceriaan muka.
Senyuman sangat mahal, semua orang boleh memilikinya.. miskin, kaya.. tua, muda.. dan sebagainya
Senyuman bukan lah benda remeh sehingga orang kaya tidak berhajat padanya.
Senyuman menurunkan suhu kemarahan
Senyuman mengurangkan darjah kesedihan
Senyuman memberikan kekuatan kepada yang keletihan
Senyuman memulihkan semangat orang yang kecewa
Senyuman mengurangkan bebanan kepada yang kerungsingan
Senyuman tidak boleh dicuri, dibeli atau dipinjan kerana ianya sangat bernilai apabila diberi sebagai hadiah.
Senyuman yang diberi pasti akan kembali kepada pemberi
Senyuman menjadikan seseorang sentiasa kerinduan
Senyuman pembuka dan penutup perjumpaan yang amat berharga
Senyuman berharag setelah ianya diberi
Tidak ada satu orangpun yang terlalu kaya sehingga tidak lagi perlu diberikan senyuman
Tidak ada satu orangpun yang terlalu miskin sehingga tidak mampu memberikan senyuman
Senyuman adalah sunnah Rasullullah SAW..